aku risau
aku takut
aku resah
dengan keadaan kau
yang serba x kena
berhari-berhari
menjadi berminggu-minggu
menjadi
bertahun-tahun
tapi hasilnya sama
kerana aku sudah muak
aku sudah sedar
kau sudah punya tali bergantung
yang cukup utuh untuk kembali memanjat
sedangkan aku masih lagi
memerhatikan dari jauh
bayangan kau makin hilang
makin pudar
makin ditutupi rapat oleh
ketebalan salji kepercayaan
dan nah pasir masa
sudah habis mengalir
berhenti tersangkut di takok kaca lapisan paling bawah
sekarang helaan nafas
jelmaan pemikiran
tanpa bayangan kau
kerana
aku sudah habis percaya
No comments:
Post a Comment