Tuesday, February 1, 2011

nama ku HITLER!


badan ku kebal
urat ku besi berlipat
mainan ku mati
pedang ku berduri
sakit temanku
ego kasihku
semuanya megah
biar dilihat
biar ditunjuk
biar diajuk
biar kan sahaja
kerana nama ku HITLER
aku  pemarah
aku  pendendam
aku  pembunuh
aku tahu aku jahat
tapi satu saja akan ku tunaikan iatu
tanah tanah ini jajahan ku!

segumpal tanah akan ku 
jadikan sebiji meriam melumpuh 
sejuta soldadu mu
secebis dendam akan ku
jadikan sepadang manusia 
untuk menawan tanah mu
setitis darah akan ku 
jadikan kemegahan 
untuk terus menakluk 
selaungan suara
ku jadikan sejuta jentera
meroboh ceruk2 dinding kau bersembunyi

aku sedar aku waras
aku tahu aku maniac
tapi x pernah ku lupa
kerana 
telah ku pajakkan sejuta nyawa
rakyatku
telah ku pajakkan selautan
kekayaan ku
telah ku pajakkan seteguh 
prinsip ku











No comments:

Post a Comment