Tuesday, April 26, 2011

kalau ade si bintang jatuh

kalau kau jatuh kan sinar kau di lapangan angkasa
aku lari cuba bekejar dengan keinginan
dan aku biar angin senyum di tepi
aku ukir senyuman di laluan bersusu
aku tembus kan mentari

tapi aku tak mampu
aku tahanan si dunia
jenuh menunggu hari pembebasan
aku mahu melirik kan tembok kedamaian
dengan kuota kuota perang
aku mahu jahanamkan pegangan ekonomi
kita bahagi sama rata
kita rasa semua derita
kita tanggung semua anugerah
aku mahu semua buang sikap liberal
aku mahu politik digulingkan

sayang semua hanya angan
sebab kau bukan tuhan
kau hanya bintang jatuh
tapi empati aku sampai ke deria kau
sebab aku kontra dengan fatalisme!

No comments:

Post a Comment