Monday, April 4, 2011

Tertindas demi janji

senja itu menyusul cerita 3 orang sahabat
yang sering mencari pendirian mereka
sejurus dengan itu terpampang kereta bersalut cairan putih kering bertompok karat
zrooom... pekik enjin jentera tua itu..
semantara di dalam perut nya ia membawa 3 pemuda
fuhh.. penuh asap dan bau kretek nusantara  hembus si samad
sambil termenung tentang perkataan orang tuanya..
"Mad, kalau ayah tak de nanti ayah harap kau usahakan tanah belakang tu ya"
sedangkan si muda ini hanya mahu hidup bebas di bandaraya yang beribu kilometer
dari tempat dia berdiri..
manakala jamal sering sahaja terbahak akan jenaka sanjungan melalui
punat hitam yang di selit di celah kosong telinganya...
penat bergetar si anak tekak yang makin kering..
Lain dengan pandangan pada syaid anak kacukan arab dan melayu ini
pandangan nya hanya tertumpu pada jalan sambil mengingati selok belok perjalananya
darahnya memuncak dipaksanya pepijat minyak untuk mengaum selaju mungkin sedangkan
si jentera memuncak menangis asap hitam sedang si kaki terus mengayuh

Sayup tangan si samad menyentuh bahu syaid
"kita dah sampai mana ni syaid?"
namun syaid hanya bisu lalu menunjukkan papan kuning di simpang jalan
"Oh bagus la kita dah nak sampai ni syaid"
selepas beberapa ketika kerte tua itu berhenti di suatu simpang dan lantas si syaid berkata
"dah turun kita kena jalan ni nak sampai umah orang tu"
lalu dengan sebaris perkataan keluar semua penumpang dari gerobok jentara...
lalu mereka menuju ke sebuah belukar untuk sampai ke teratak seorang tua
yang konon dicanang mampu membuat hajat manusia itu tercapai
lagaknya seperti tuhan barangkali berbisik hati setiap anak muda
setelah beribu tapak di capai meredah selirat2 belukar dan akar pokok ditanah yang kering itu

Hati mereka serta merta bertambah riang apabila anjung rumah semakin kelihatan
terjah 3 sahabat ini berlari semata hendak menemui si pawang hebat ini
belum sempat mendengar liuk lentok sang unggas mereka sudah dapat menindih kan kaki di kaki rumah itu
diketuk berkali kali pintu sampai ternampak susuk tubuh montel seorang lelaki yang sedang memgang belikat di tangan kanan dan dipelawa masuk ketiga-tiga pemuda itu..

No comments:

Post a Comment