Thursday, November 19, 2009

WARna!

seharian ku berlari bersamamu..
pelbagai cerita...
kita berkongsi bersama..
pelbagai raut mu..
pelbagai emosi mu..
plbagai bentukmu..
kau meluahkanya..
kau x kan pernah pudar dalam dunia ku..
kau x pernah sesal bersama ku.
biar kita terpisah jauh..
kerana tiada jurang yang akn terbentuk..
tiada kata pemisah yg akan terucap..
kerana kau ialah warna.
biar beribu bentuk mu...
kau lah yg menghiasi nya...
kau lah yang menyerlakan nya...

WARna!

Sunday, November 15, 2009

perjalanan ku..


jodoh ku bagaikan jambatan..
tidak ku tahu penghujung ku dimana..
cabaran ku bagaikan gunung
tidak pernah ku duga ketinggian curamnya..
senang ku bagaikan laut..
x pernah terlintas..
kedalamanya..

akan tetapi idup ku hnyalah roda..
terkadang jambatan itu jauhnya tak terlihat oleh mata..
juga sang gunung itu..
sepeti mencecah langit teratas batas ketinggianya..
juga si laut..
ada masa ia pasang dan ade masa ia surut begitu sahaja..

tetapi skali hati ku kata itu takdir ku..
dengan itu jugalah ku mampu memusingkan karma idupku..
dgan itu jugalah si gunung yg tinggi itu ku tarah satu persatu..
dan si laut kembali pasang sedia kala..

Saturday, November 14, 2009

P.E.N.G.K.H.I.A.N.A.T

P-paras mu x sedikit menujukkan
E-ego mu yang tersembunyi
N-namun kau seorang pengkhianat
G-gerhana itu saksi semuanya
K-ketika segala seperti biasa
H-hitam darah mu membuat angkara
I-ini adalah belangmu yg lama disorok
A-antara kau dan dunia
N-namun semuanya sudah terbongkar
T-tiada simpati bagi mu lagi

Wednesday, November 11, 2009

sementara masih boleh bermimpi..

tanah ini sudah usang..
tanah ini sudah lama..
x pernah dijaga...
kini ia berbunyi dan bergerak...
kerana dek sendi yg semakin sakit
di tusuk dengan pelbagai anasir
asing yg berkongsi dgn badanya...
kini dia semakin uzur..
dek krana perlakuan si anak adam..
yg mengejar kemajuan..
suatu hari..
x mustahil si tanah..
boleh berkuasa..
membalas segala perbuatan kita...
kini hanya ada dia...
dan sisa kehijauan yg menutup segala celanya..
juga ada kemajuan yg...
seakan pekong bg nyer...
yg kita anggap suatu pergerakan zaman..
kini ia hanya mampu bermimpi...
yg akan datang seseorang
yg akan membantunya untuk
kembali seperti dulu..
adakah sekadar mimpi..
atau realiti..
bermimpi lah kamu..
sementara masih ada masa untuk mu..

Monday, November 9, 2009

suara!hati dan minda!

mgkin terlalu susah untuk kau mendegarnya...
biar pun kelebihan mu adalh lbih sejengkal dr ku..
pernah ku biarkan mu dgan dunia mu...
tp penyudahnya...
kau masih meratap ari2 itu.
yg telah luput dr memori mu...
x kan ku benarkan ia menyinggah lg...
x kan ku biarkan kamu di seksa begini...
tp sayangnya ku hanya suara
yg tiada kuasa jika tdak bergantung
kpada sang lidah...
yg membentuk nada kuw...
dan kau hanya hati yg keras...
dan tidak akan lentur oleh suara ku...
hanya kau yg berkuasa sekarang...

Sunday, November 8, 2009

si penakluk!

semangat mu sekental ku..
tp kemegahan ku..
lebih dr segala yg ada padamu..
biar kita bertembung
biar si buku menemui lawanya..
biar si luncai gembira
biar si andeh sengsara..
angkara si pandir..
biar ku mulakanya..
biar semngat mu pudar..
biar ku yg bermaharajalela..
biar ku yg berkuasa...
mgkin satu saat..
kau akan sedar bahawa kini yg ader
cuma ketakutan yg merjah...
biarkan kau menggeletar..
kerana akuw..
adalah si penaluk!
sedangkan kau hanya lah
mangsa yg menanti sgala pembalasanya..

MenghITung BintANng!

dr ufuk timur..
ku berusaha menarik lensa mentari.
untuk kamu merasa hangat mentari..
pabila matumu celik ..
senyuman terukir..

ketika haba membakar mu..
ku berusaha membuat...
si mentari berteduh..
dan biar si mendung mgambil tempatnya

ketika kau mula penat...
ku mula menghembus si mentari..
supaya cepat menghala..
ke ufuk barat..

kini senja yang berkuasa..
ku x tertahan lg..
ku mula menghilangkan mega2 itu..
supaya si kunang malam dapat menemaniku..

pabila si senja berlabuh..
ku mula menghitung bintang .
bersam si kunang yg senantiasa menemaniku...
mungkin tak ternilai..
bintang beribu ini..
untuk melelapkan mu di dalam..
dakapan sayng ku ini..