Thursday, February 10, 2011

ITU DIRI KAU!

dr mula di tekan punat baru itu
bergema muzik berlatar belakang hidupmu
dulu ketika kecik
sangat senang sangat gembira
asek ketawa 
lagu mu hanya lah 
dongengan dan pengajaran

kini kau melangkah dunia lebih baru
lagi mencabar
masa ini kau tahu kau bkan anak kecil 
yg dulu asyik dengn dunia seronok mu
sedikit demi sedikit dicurahkan 
rahsia kejayaan
seorang manusia di institut
yg x pernah sekali lokek akan
rahsia2nya sendiri
di situ kau kenal pelbagai jenis ragam manusia
mungkin kau kata bosan bila asek dipaksa
asek diherdik
kini kau tahu itu semua berjasa
akan hidupmu

kini di peringkat baru kau
harus tahu segala tipu muslihat si penjahanam bangsa
si tali barut dunia
si mata durjana
si tamak akan harta
semua boleh jadi teman mu
semua boleh mengubah 
persepsi mu tentang pelagaan dunia
yg dianggap remeh
yg x penting untuk difikir
sesekali kau terhantuk
terdampar di sudut paling gelap
dalam sepadang minda mu
dan bermula epilog cerita mu
bercerita dengan sepi
menyayi dengan pilu
melepak dengan sebak

kini kau bukan mentah kau sudah berakal
masa kini kau punya pilihan 
terus hidup dengan cermin di depan mu
untuk di teliti segala silap yg bakal berlaku
atau cermin di belakang
untuk menunjukkan segala silap
di masa lalu mu
dan berteriak ketika 
kau cuba mengulanginya kembali!

Thursday, February 3, 2011

dah habis percaya

dulu pernah ku katakan
aku risau
aku takut
aku resah
dengan keadaan kau
yang serba x kena
berhari-berhari
menjadi berminggu-minggu
menjadi
bertahun-tahun
tapi hasilnya sama
kerana aku sudah muak
aku sudah sedar
kau  sudah punya tali bergantung 
yang cukup utuh untuk kembali memanjat
sedangkan aku masih lagi
memerhatikan dari jauh
bayangan kau makin hilang
makin pudar
makin ditutupi rapat oleh
ketebalan salji kepercayaan
dan nah pasir masa
sudah habis mengalir
berhenti tersangkut di takok kaca lapisan paling bawah
sekarang helaan nafas
jelmaan pemikiran
tanpa bayangan kau
kerana
aku sudah habis percaya


Wednesday, February 2, 2011

JAGUAR BARU ROCKS!

Kau angkuh 
kau riak 
kau takbur
semua kerana jentera
becop kuda
bersalut cairan merah pekat 
bersinar berbunyi teguh
muda-mudi memandang mu dengan
dongakkan berbeza...
SEMUA KERANA?
JENTERA MU!!

Kau kata kau kaya
kau kata kau elit
kau kata kau berstandard
kau kata semuanya baik tentang kau
semua kerana jentera
berlambang bintang 3 penjuru
buatan orang putih
warna pudar pilihan mu
kerana katanya ia elegan
ianya sepadan dengan
gaya mu sebagai seorang eksekutif
kau hanya berkelas KERANA?
JENTERA MU!!

Ini aku
aku tahu aku x sekaya kau
x seelit kau
x berstandard
aku tau aku sederhana
jentera berukir lambang harimau 
hijau pekat warna menutup kekentalan
jentera kebal ini
sesuai dengan gaya ku?
sesuai dengan kedudukan ku?
SALAH
kerana aku hidup bukan untuk dipandang
sebab JENTERA KU

p/s:ayapo jaguar baru rocks!!

Tuesday, February 1, 2011

nama ku HITLER!


badan ku kebal
urat ku besi berlipat
mainan ku mati
pedang ku berduri
sakit temanku
ego kasihku
semuanya megah
biar dilihat
biar ditunjuk
biar diajuk
biar kan sahaja
kerana nama ku HITLER
aku  pemarah
aku  pendendam
aku  pembunuh
aku tahu aku jahat
tapi satu saja akan ku tunaikan iatu
tanah tanah ini jajahan ku!

segumpal tanah akan ku 
jadikan sebiji meriam melumpuh 
sejuta soldadu mu
secebis dendam akan ku
jadikan sepadang manusia 
untuk menawan tanah mu
setitis darah akan ku 
jadikan kemegahan 
untuk terus menakluk 
selaungan suara
ku jadikan sejuta jentera
meroboh ceruk2 dinding kau bersembunyi

aku sedar aku waras
aku tahu aku maniac
tapi x pernah ku lupa
kerana 
telah ku pajakkan sejuta nyawa
rakyatku
telah ku pajakkan selautan
kekayaan ku
telah ku pajakkan seteguh 
prinsip ku