Sunday, March 6, 2011

Tembok

berzaman masih utuh
terbilang dek kerana
tulang kering si penahan 
bangsa
semakin lama
semakin tua
semakin luput
semakin hapus
tetapi masih
lagi ditahan
kini semua tggal mimpi
bila si kecil
mendapat pena
habis diconteng dengan persoalan 
bangsa diri dan maruah
habis terbuka
habis terdedah
semua kejahilan terserlah
semua penipuan makin terbongkar
alangkah indah
jika semua itu di benam 
di tanah bawah 
si pemikir-pemikir budaya 
moga moga tamadun menjengahkan
kepala kemajuan

Thursday, March 3, 2011

separa kekunci!

separa kekunci
senyuman terdetik
tersembol sejuta persoalan
terpaut reranting jawapan

jangan ikut kan hati
mati padah kau nikmati
separa kekunci hanya mainan
si durjana yang
mecuri ruang pendalaman
padang fikiran mu

tersedia sejuta lelaman
sesawang yang mempunyai seribu
interpritasi tentang sepatah perkataan
yang sering disebut
jahanam si pencipta
sering tersembol
panas dan gering menguasai diri
mencari intisari sebuah permainan
perkataan