Tuesday, April 26, 2011

kalau ade si bintang jatuh

kalau kau jatuh kan sinar kau di lapangan angkasa
aku lari cuba bekejar dengan keinginan
dan aku biar angin senyum di tepi
aku ukir senyuman di laluan bersusu
aku tembus kan mentari

tapi aku tak mampu
aku tahanan si dunia
jenuh menunggu hari pembebasan
aku mahu melirik kan tembok kedamaian
dengan kuota kuota perang
aku mahu jahanamkan pegangan ekonomi
kita bahagi sama rata
kita rasa semua derita
kita tanggung semua anugerah
aku mahu semua buang sikap liberal
aku mahu politik digulingkan

sayang semua hanya angan
sebab kau bukan tuhan
kau hanya bintang jatuh
tapi empati aku sampai ke deria kau
sebab aku kontra dengan fatalisme!

Thursday, April 21, 2011

kawan cepat baik!

Ape ape jelah
tengah sibuk telaah jejari gitar
teks ringkas masuk abis bergegar jantung
dengar kau masuk institusi orang sakit
teran hati cakap
baru sehari tak jumpe boleh masuk ker?
penat otak fikir
penat nak cakap

sekarang boleh gelak- gelak
sekarang boleh riak-riak
sekarang kau je tak boleh gerak
sekarang aku nak cakap!

KAWAN CEPAT CEPAT BAIK !

Tuesday, April 19, 2011

kita sempurna..

kau hanya hijau
berlekok cantik
jari mu besi
pegangan mu si ketam putih
penuh satu badan berseni

aku tau aku bukan tuan kau
aku bukan penjaga kau
aku bukan cinta hati kau
tapi kau lah yang paling aku sayang

Terima Kasih

Monday, April 18, 2011

JEMPUT MASUK!

mata kau tertunduk
hidung kau kecut sentuh kelopak mata
kaki kau kecut sampai dahi bersentuh dengan tanah
mulut diam tapi hati terkumat kamit tunggu ihsan kan?

sial kan hidup kau sekarang
kebas kan semua deria kau tahan peluh
dalam separa sedar kau tahu kau si jantan
dalam realiti kau macam tikus kan?

malang kau dah tunjuk jalan
ajal kau dah kehulur ke hilir
masa kau tertitis terbakar
tapi kau dulu -dulu ?

ini realiti bukan si muka buku
yang kau corak dengan hinaan
yang kau tebuk dengan ketawa
yang kau sembur dengan teriakan benci kau kan?

sekarang kau terasing
kau tahu kau ditinggalkan puak kau 
duduk hujung lorong bercakap dengan lalat
tersenyum tengok lopak terpercik kan ?

suara kau terkelup
garau kau hilang 
tempat kau dah diganti
sekarang kau "nobody" kan?

harta kau dah tinggal syilling
baju kau dah compang camping
muka dah tak serupa manusia
senyuman kau dah macam sampah kan?

dulu kau selet "perfume"
sekarang yang terpalit hanya taik
dulu kau diiring bidadari
sekarang si pondan tak berakal tegur pun kau naik ghairah kan?

kad hitam bertulis Visa dulu penuh 
buku kulit simpanan duit kau berterabur
tapi sekarang bekas besi depan kau pun tak pernah penuh
untung kalau kau sedar dulu  kan ?

utusan berapi neraka
dah sampai
tunggangan haram sudah tiba
untuk jemput ke taman permainan baru kau
untuk jemput kau jumpa kawan kawan persetan kau
jumpe ketua dajal kau
jumpe semua si jahanam yang kau agungkan dulu
jangan risau api kan kesukaan kau..

JEMPUT MASUK!

Monday, April 4, 2011

Tertindas demi janji

senja itu menyusul cerita 3 orang sahabat
yang sering mencari pendirian mereka
sejurus dengan itu terpampang kereta bersalut cairan putih kering bertompok karat
zrooom... pekik enjin jentera tua itu..
semantara di dalam perut nya ia membawa 3 pemuda
fuhh.. penuh asap dan bau kretek nusantara  hembus si samad
sambil termenung tentang perkataan orang tuanya..
"Mad, kalau ayah tak de nanti ayah harap kau usahakan tanah belakang tu ya"
sedangkan si muda ini hanya mahu hidup bebas di bandaraya yang beribu kilometer
dari tempat dia berdiri..
manakala jamal sering sahaja terbahak akan jenaka sanjungan melalui
punat hitam yang di selit di celah kosong telinganya...
penat bergetar si anak tekak yang makin kering..
Lain dengan pandangan pada syaid anak kacukan arab dan melayu ini
pandangan nya hanya tertumpu pada jalan sambil mengingati selok belok perjalananya
darahnya memuncak dipaksanya pepijat minyak untuk mengaum selaju mungkin sedangkan
si jentera memuncak menangis asap hitam sedang si kaki terus mengayuh

Sayup tangan si samad menyentuh bahu syaid
"kita dah sampai mana ni syaid?"
namun syaid hanya bisu lalu menunjukkan papan kuning di simpang jalan
"Oh bagus la kita dah nak sampai ni syaid"
selepas beberapa ketika kerte tua itu berhenti di suatu simpang dan lantas si syaid berkata
"dah turun kita kena jalan ni nak sampai umah orang tu"
lalu dengan sebaris perkataan keluar semua penumpang dari gerobok jentara...
lalu mereka menuju ke sebuah belukar untuk sampai ke teratak seorang tua
yang konon dicanang mampu membuat hajat manusia itu tercapai
lagaknya seperti tuhan barangkali berbisik hati setiap anak muda
setelah beribu tapak di capai meredah selirat2 belukar dan akar pokok ditanah yang kering itu

Hati mereka serta merta bertambah riang apabila anjung rumah semakin kelihatan
terjah 3 sahabat ini berlari semata hendak menemui si pawang hebat ini
belum sempat mendengar liuk lentok sang unggas mereka sudah dapat menindih kan kaki di kaki rumah itu
diketuk berkali kali pintu sampai ternampak susuk tubuh montel seorang lelaki yang sedang memgang belikat di tangan kanan dan dipelawa masuk ketiga-tiga pemuda itu..