tersedu dan semakin layu tangan tua yang sibuk dari tadi mengosok sekeping kertas penuh alasan
penuh sejarah katanya penuh dengan cerita. Didekati si generasi kedua selepas nya perlahan menarik tanganya di bawa ke mimbar depan rumah dialaskan duduk bersila. masih lagi digosok tapi kali ini bukan hanya tangan tetapi sang mata yang dari tadi tenung bagai ditebuk dan mengalir air jernih yang sayu dan kali ini lubang tebukan seakan melebar dan semakin dalam . diusap kiri dan kanan di tarik kolar baju dikesat dan tersedu. si muda masih lagi melihat seakan mengerti nasib dan mungkin rintihan yang disampaikan si tua.
Ini bukan kisah semasa dia susah bukan kisah semasa dia perang bukan kisah itu. ini cerita cinta si petualang nasib yang sudah sedia untuk bawa diri masuk kembali sambila semakin dalam lamunan.
.
.
Saturday, September 24, 2011
Thursday, June 30, 2011
Dia
Dia si tua
yang berjalan di depan
sambil sebatang tiang besi
sentiasa di tangan
untuk tampung
badan ranap ini.
yang berjalan di depan
sambil sebatang tiang besi
sentiasa di tangan
untuk tampung
badan ranap ini.
Wednesday, June 29, 2011
MARAH?!
maaf aku marah
aku tahu ini
dugaan ku
berkali aku toleh
masih semua sama
berkali aku gores
masih lagi kosong
makin aku tolak
makin aku penat
dan aku mula marah
sekali lagi
aku marah
POLITEKNIK MELAKA
terima kasih kerana membawa
hati kering ini tinggi lagi
hati ini bersangkut dengan program
mulut untuk terus mencarut
maafkan aku...
aku tahu ini
dugaan ku
berkali aku toleh
masih semua sama
berkali aku gores
masih lagi kosong
makin aku tolak
makin aku penat
dan aku mula marah
sekali lagi
aku marah
POLITEKNIK MELAKA
terima kasih kerana membawa
hati kering ini tinggi lagi
hati ini bersangkut dengan program
mulut untuk terus mencarut
maafkan aku...
Friday, May 27, 2011
Narkoba!
hidu senyum
tarik lagi
dan lagi
abadi dalam diri mu
narkoba senyum
makin tinggi hari
makin ligat kau
senyum
tarik lagi
dan lagi
abadi dalam diri mu
narkoba senyum
makin tinggi hari
makin ligat kau
senyum
Monday, May 16, 2011
Terima Kasih!
terhempas sejuk
diangkat hangat
terlerai si pandir
lahir si pandai
mula bertatih
kini berlari
mulaku subuh pagi
senja belum berakhir
malam lagi berjaga
sampai ke pagi mula
rutin hari hari
diambil si petak kereta
mahu berjalan dari hulu ke sini
kaki kapur di gesel
makin hari makin kudung
pepapan hijau berubah pudar
tempelek berus kapas
makin cerah
senyum mu tak pernah lokek
marah mu untuk terbaik
sindiran mu untuk mendidik
Terima Kasih Cikgu
Saturday, May 14, 2011
hidup dan janji si matang
Terhimpit dalam tetikus kehidupan
terarah dengan kekunci masa hadapan
penanda arah penuh
enjin carian merata
mahu si Encik G endahkan si Encik Y
terselit bergelen maksud
tertelan berkilo garam
ini baru LIFE
bahasa si matang
Tulisan Hidup
si matang tidak macam dulu
tertinggal seribu langkah
si bijak pandai
terhempap beribu tan
beban si tua
tunduk dan terus tunduk
angguk tanpa henti
hanya meminta umur ini diisi
beribu mahu berjuta
kroni!
sudah beribu kali dicoret
makin lama
makin ruwet
makin hari
makin gering
makin tahu
makin benci
makin senyap
makin berisi?
Masa muda
selalu teriak
bahasa sampah
ejek si simpulan
tidak bernama
nyanyi jiwang - jiwang
minta perhatian
senyum susah
maki senang
semua mahu menang
mata dah naik silau
silau emas berkarat yang sinar
silau sial dulu dulu
silau senyum si gigi biru
arggh makin lemas
makin tenggelam
dah tak upaya nak naik tebing
tapi aku tak nak mati
aku nak hidup senang
baru saja tersedu
aku cuba manipulasi
hidup semak
menjadi medan
dikerjakan si lembu
berkaki kuda
bertenaga jentera
berkulit raksaksa
aku cuba cambah
idealogi kroni ku
yang berteras si simpulan
berpegang kuasa
menyaji lubuk emas
berteriak bahsa manusiawi
aku dah bangunkan
laman galaksi
secerah taman seribu suria
sesuam rendaman laman herba
sedekad lama perjalanan perkeliling
buntu senak
celah pikiran
tiada pengakhiran bagi cerita ini
papar layar skrin berteks mat salleh
bersepah calitan gambar
sudah memaksa aku tutup mata
dan
cuma yang terakhir
untuk aku
adalah mati
Subscribe to:
Posts (Atom)