Monday, May 16, 2011

Terima Kasih!

terhempas sejuk
diangkat hangat
terlerai si pandir
lahir si pandai
mula bertatih
kini berlari 
mulaku subuh pagi
senja belum berakhir
malam lagi berjaga
sampai ke pagi mula 
rutin hari hari

diambil si petak kereta
mahu berjalan dari hulu ke sini
kaki kapur di gesel
makin hari makin kudung
pepapan hijau berubah pudar
tempelek berus kapas
makin cerah


senyum mu tak pernah lokek
marah mu untuk terbaik
sindiran mu untuk mendidik

Terima Kasih Cikgu


No comments:

Post a Comment