Saturday, May 14, 2011

hidup dan janji si matang

Terhimpit dalam tetikus kehidupan
terarah dengan kekunci masa hadapan
penanda arah penuh
enjin carian merata
mahu si Encik G endahkan si Encik Y
terselit bergelen maksud
tertelan berkilo garam 
ini baru LIFE 
bahasa si matang

Tulisan Hidup
si matang tidak macam dulu
tertinggal seribu langkah
si bijak pandai
terhempap beribu tan
beban si tua
tunduk dan terus tunduk
angguk tanpa henti
hanya meminta umur ini diisi
beribu mahu berjuta 
kroni!

sudah beribu kali dicoret
makin lama 
makin ruwet
makin hari
makin gering
makin tahu
makin benci
makin senyap
makin berisi?

Masa muda
selalu teriak
bahasa sampah
ejek si simpulan
tidak bernama
nyanyi jiwang - jiwang
minta perhatian
senyum susah
maki senang
semua mahu menang

mata dah naik silau
silau emas berkarat yang sinar
silau sial dulu dulu
silau senyum si gigi biru
arggh makin lemas
makin tenggelam
dah  tak upaya nak naik tebing
tapi aku tak nak mati
aku nak hidup senang




No comments:

Post a Comment